Wednesday, October 27, 2010

jumble rumble



Dalam otak ada banyak sangat benda nak type. Tapi kalau jumble sekali dalam satu entri nanti macam tak best la pulak. Kalau nak divide-divide malas pulak rasanya. So lantak. Jumble jela semua dalam satu entri.

1) My biological clock is messed up yet again. Memang dah nocturnal betul dah aku rasa. Tak best la bila tak boleh bangun pagi. Hari ni konon-konon berusaha la nak repair balik biological clock aku. Semalam tido dua jam je lepas tu bangun terus takleh tido sampai siang. So aku berusaha la untuk tak tido siang, tapi terbabas jugak pukul 5 petang tadi tido. Tak tahan. So tak tau la malam ni boleh tido ke tak.

2) Aku baru perasan aku mudah tertarik dengan lelaki tinggi. I mean, tinggi yang sampai nak cakap dengan dia kena dongak. Dulu aku tak kisah la kalau lelaki tu tak berapa tinggi, asal tinggi dari aku sudah la. Tapi sekarang kalau tinggi setakat 10cm je dari aku aku dah rasa tak best dah. Tak hensem takpe asal tinggi. Tapi yang aku perasan jugak, lelaki tinggi macam tu memang susah nak cari. Haha. Kat UTP ni ada la sorang (yang aku notice), tapi hari tu aku nampak dia kat convofair pegang bunga 1 bouquet terus kecewa. Sebab assume dia nak bagi bunga tu dekat girlfriend dia. Haha berangan. Cakap dengan mamat tu tak sampai 5 kali boleh pulak nak kecewa kan. LOL.

3) Sekarang aku macam selalu dok sorang-sorang. Sebabnya aku kan nocturnal, so bila aku jaga semua orang dah tido. Haha.

4) Aku baru beli perfume baru. Tapi aku serius main randomly pick je perfume apa. Yela, beli kat internet, camne nak test bau kan. Aku baca review dia sikit-sikit terus aku beli. Sekali bila pakai tak best pun bau dia. Maybe bukan taste aku, tak pun memang tak kena dengan aku. Perfume kan memang macam tu, kita bau kat badan orang sedap, tapi bila pakai sendiri tak sedap lak bau dia. Dulu pernah jugak beli online tapi masa tu nasib baik kena bau dia. Lepas ni kena beli kat kaunter la, nanti membazir lagi duit aku.

5) Ok sekarang baru aku perasan entri aku ni pointless. Haha. Takpela dah type publish jela. Sebenarnya banyak nak update tapi baru type sepatah dua terus tekan butang backspace. Bukannya apa, my blog is no longer a place that I can escape myself from the world anymore. Enough said.

p/s : picture taken from loveyourchaos.tumblr.com

3 comments:

mUnie UncLe hUsin said...

so much more orang yang tak kenal bace ek?
jum private blog?
hehe~

mazhad said...

study bek2...n perbetul balik biological blog anda. xbek untuk keCheartan ma...

yan said...

munie: haha nak private blog? macam malas je. biar la. lagipun bukannya aku update everyday pun..

mazhad: baiklah.. tq 4 ur concern..