Friday, April 30, 2010

Kuching, Sarawak

Ok hari ni baru nak update pasal Sarawak, setelah delay berminggu-minggu. Haha. Tapi ok la, better late than never right?

Aku terbang ke Kuching, Sarawak sebab nak attend conference kat sana. So holiday lah sekali alang-alang dah sampai sana. Tapi tu lah, sebab duit pun limited, memang jalan-jalan kat Kuching jela. Tak dapat nak jalan jauh-jauh macam ke Serikin ke, Santubong ke. Takpe la at least dapat jejak tanah Sarawak pun dah cukup bagus.

Aku pergi sana ditemani ayah aku. Mula-mula ingat nak suruh adik perempuan aku yang teman, tapi takut nanti dia takut lak kena tinggal sorang-sorang masa aku kena attend conference tu. Aku pun risau jugak nak biar dia sorang-sorang. Nak ajak mak aku pulak cuti dia dah tinggal sikit. So nak tak nak terpaksa la ayah aku temankan. Nak buat camne, anak perempuan takkan dia nak biar pergi jauh-jauh sorang-sorang. Dahla takde kawan yang attend conference tu sekali.

Masa kat conference tu aku memang sorang-sorang je. Tapi along the way ada la aku make some friends. Kira ok la kan, takdela canggung sangat aku rasa. Tapi tu la, sometimes memang rasa sangat uncomfortable bila kita sorang-sorang while everybody around you semua ada geng. Macam outcast.

This is the only proof I have that I attended the conference. Malas nak amek gambar banyak-banyak sebab sorang-sorang.

Masa presentation ni ada sorang Prof dari UPM tanya aku soalan bertubi-tubi. And ada satu soalan tu aku dah jawab, tapi dia cakap I'm not answering his question. So aku pause kejap nak fikir apa nak jawab lagi kan, tiba-tiba dia terus fire soalan lain. Bertubi-tubi ok. Aku macam, hey aku bukan robot. Bagi la aku fikir kejap. Bengang gak rasa masa tu. Dahla this is my first conference, and there's nobody else there that can save my ass. I'm all alone. Macam nak nangis pun ada tapi come on, takkan nak nangis kot. Buat malu je.

Bila dah habis session tu Prof tu datang kat aku and said " you should know the answer bla bla bla yada yada" and then bila aku nak try jawab soalan dia masa tu (sebab tak sempat nak jawab masa Q&A) he didn't give me a chance lansung. I was like, what the... I know you're a Prof, but that doesn't mean you can be so kerek towards me. After that dia blah dengan student dia. And I was like, whatever. Orang dah rasa besar macam tu la kot. Not my problem.

Then bila aku tanya kawan aku (dia dulu ex-student UPM) dia cakap Prof tu memang macam tu. Memang kerek. Pastu kawan aku cakap, biasa la kalau orang dengar Petronas je terus diorang rasa macam nak attack. Macam nak prove kat everybody yang diorang lagi bagus dari orang-orang Petronas ni. Green with envy kot. Dahla research aku lagi best dari research dia, tu yang dia buat bertambah-tambah envy kot. Haha. Entah la. Aku pun tak tau. Biar la at least aku dah ada experience attend conference. And that what matters the most.

Ok dah malas nak cakap pasal conference dah. Back to our original topic, Kuching. Personally I really love Kuching. Kuching sangat cantik. Dia cam tak la busy sangat, and tak la sunyi sangat macam ghost town. Macam just nice la. And banyak sangat tourist spot kat sini. Hotel pun banyak. Cuma nak jalan susah sikit la. Either you naik teksi or jalan kaki. Teksi dia sangat mahal. Macam cekik darah gila, sebab dia tak pakai meter. Tambang dari airport ke waterfront je dah RM 26. So aku dengan ayah banyak jalan kaki jela around Kuching tu. Oh lupe, apart from taxi, ada jugak kereta sewa. Tapi kitorang just nak duduk 4 hari je, rasa macam tak perlu kot nak sewa kereta.

Aku stay kat Kuching Waterfront Lodge. It's a nice budget hotel. Location pun strategik sebab memang betul-betul dekat deret main bazaar. Pastu lintas jalan je terus sampai waterfront. Tapi actually dia sebenarnya agak jauh dengan tempat conference (Pullman Hotel). Jalan kaki dalam 15 minit jugak la, kot. Aku lupa la. Tapi still reachable la kalau jalan kaki pun. Cuma penat sikit je. Dia punya bilik selesa la, comfortable enough for us. And breakfast is provided. Tapi breakfast simple jela, toast n jam n some fruits. Sometimes ada porridge, sometimes ada kek. Macam tu la. Ok la better than nothing kan. Dia punya interior decoration sangat menarik. Macam ada mix ethnic + a bit of oriental. Cantik la. And the staffs are all friendly and very helpful.

Ini dia Kuching Waterfront Lodge dari luar.

Hari first sampai Kuching aku dengan ayah dah tawaf satu waterfront. Sampai-sampai je terus berjalan. Hari kedua aku pergi conference sampai tengah hari. Lepas tu jalan-jalan lagi kat area waterfront. Hari ketiga bangun awal pastu pergi jalan-jalan keliling Kuching. Pergi beli kek lapis, keychains and segala macam souvenirs. Pastu pergi Muzium Negeri Sarawak. Sampai tengah hari. Petang aku present kat conference. Bila dah habis pukul 5 tu terus naik bot penambang pergi to the other side of waterfront. Tak tau panggil apa tempat tu, kitorang panggil seberang sungai je. Haha. Makan-makan amek gambar jap lepas tu balik. Hari keempat pagi-pagi dah keluar naik bot penambang nak pergi jalan-jalan amek gambar kat Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pukul 11 balik pastu lunch pastu check out pastu straight pergi airport. Flight pukul 3.05 petang. Sampai LCCT dalam pukul 5.30.

Ok bawah ni aku letak gambar-gambar jela. Sori gambar tak ikut kronologi.

Rumah kampung di seberang sungai.

Hotel ape eh? Riverside kot. Lupa la. Gambar disnap di seberang sungai.

Ayah at Kuching Waterfront waktu malam.

Temple apa ntah. Lupa.

Ayah at one of the cafes kat Waterfront. Masa ni tengah makan laksa sarawak.

Boat jetty.


Berminat nak rasa manok pansuh tapi kedai dia betul-betul tepi parit so kensel.

Next gambar-gambar kat muzium.




Tu tengkorak betul ke hah?



A rock carving outside the museum.

Next gambar masa jalan kaki pusing-pusing Kuching. Haha ni kira dah malas nak letak caption la ni. Main upload je.






















Dah tu je. Kenapa takde gambar saya? Biasala saya hanya selesa menjadi photographer sahaja. Heheh.

So kesimpulannya if korang ada masa and duit terlebih bolehla datang cuti-cuti Malaysia kat Sarawak ni. Hehe kerajaan Sarawak sila bagi saya royalti sebab promote. Lol.

7 comments:

mazhad said...

at least kna ada 1 gmbo photographer...

yan said...

photographer seorang yang pemalu..dia segan nak letak gambar dia kat blog ni..heheh

Redbloodsnow said...

sayangnyerrrr kte x sempat nk berjumpa kan yan kan :( entah bile lg arr yan leh mai cnie gi :(

yan said...

2 la..emm bila nak mai kuching lagi? tggu zie kawen la kot..hehehe

anak encik Jantan said...

weh nice pics..i tnhk u got some talent..i loike the pakcik kayuh sampan's pic~nice one!!!

yan said...

hehe tq for the compliments fnj!!gmbar 2 kat facebook aku letak caption 'demi sesuap nasi'..hehe..aku rasa kamera aku la yang bagus, dapat amek gambar camtu..

dayang Citra said...

lain kali datang contact akak,boleh akak bawa p jalan-jalan kat serian pula,kira-kira 1jam setengah dari kuching..