Note: Tips ini hanyalah untuk kaum lelaki sahaja (duh, awek kot..). Tapi kalau yang sama jantina pun nak praktikkan apa salahnya, ikutlah kesesuaian masing-masing. LOL.
Zaman sekarang ni kan zaman cyber. So, internet adalah satu medium yang sangat popular untuk mencari teman. Macam-macam online social network kita boleh join untuk berkenalan dan merapatkan silaturrahim, contohnya Facebook, Tagged, Myspace, Friendster etc etc. Tetapi, ramai yang tak tahu cara-cara untuk membuatkan members of the opposite sex tertarik dengan kita. Ni aku tulis dari a woman's point of view la. Sebab aku perempuan. So, kat bawah ni adalah tips2 yang pada pendapat aku patut di take to consideration oleh lelaki sekiranya mereka mahu mengorat awek di cyberspace. LOL apakah ayat rojak x ingat. Ok abaikan.
1) Kalau anda mempunyai Facebook account, sila guna nama betul anda. Nickname pun jadi lah. Asalkan jangan guna "hell boy" or "mr. awesome" or apa-apa yang takde kaitan lansung dengan nama anda. Nama-nama macam ni akan membuatkan anda nampak tak matang, sekaligus menyebabkan perempuan tidak berminat dengan anda.
2) Jangan sesekali letak gambar camwhore sendiri kat account anda. Tak kira la kat Facebook ke, Myspace ke. Mana-mana jela. It's a big NO. Gambar-gambar sebegini akan membuatkan kaum perempuan geli melihat anda.
3) Jangan letak caption gambar yang menggelikan. Contohnya, dah la letak gambar camwhore, lepas tu letak lak caption macam "macho x?" or "hensem x?". Euww.
4) Jangan letak status jiwang karat. Euww jugak.
5) Jangan tulis status dengan bahasa alien. Contohnya "hr ni akuwh x tawu apew nak uat". Big EUWW.
6) Jangan tulis kejap-kejap huruf besar kejap2 huruf kecik. mAcAm Ni. Tak penat ke weh type macam tu?
7) Jangan menunjuk-nunjuk. Tak kisahla kereta ke, macbook ke, dslr ke, blacberry ke. Ape-ape jela. Jangan selalu update status "just finished uploading videos at youtube from my macbook". Motif?
8) Walaupun anda tak berapa bijak, jangan sesekali tunjuk kebodohan anda. Em, camne nak elaborate eh? Pandai-pandai la pahamkan sendiri. Haha.
9) Sila upload gambar anda ketika sedang bekerja. Ni boleh menyebabkan perempuan tertarik dengan anda sebab mereka tau anda dah kerja, so anda dah stabil dalam hidup. Macam tu la lebih kurang. But remember, do this discreetly, jangan sampai menunjuk-nunjuk pulak.
10) Kalau nak berkenalan dengan perempuan, jangan menampakkan diri terlalu desperate. Jangan sampai tiap2 gambar atau status perempuan tu anda nak komen. Jangan buat perempuan itu rimas. Rilek-rilek sudah.
11) Sila show kan side anda yang funny. Kalau anda takde funny side, sila buat-buat ada. Haha. Tak lah. Kalau anda seorang yang serius, it's ok to be serious. Just tell her the truth. Mesti si dia terharu dengan kejujuran anda.
12) Kalau anda baru berkenalan sehari dua, sila jangan cari nahas dengan menyatakan hasrat anda untuk berkapel dengan perempuan yang anda sedang target itu. Confirm tak dapat punya, kerana ini hanya akan menakutkan perempuan tersebut. Kena slow and steady. Tak payah terburu-buru, nanti tak dapat lansung.
13)Kalau masa anda tengah dalam proses mengorat, sila jangan bagi mixed signs. Kalau anda betul-betul nak jadikan dia awek anda, sila tunjuk hasrat anda tu, tapi secara berlapik la. Maknanya, anda pandai-pandai lah flirt dengan perempuan tu. Jangan la hari ni anda flirty nak mampos, esok anda buat bodoh pulak dengan dia. Nanti bakal awek anda confuse pula.
14) Jangan memaksa. Kalau anda dah cakap intention anda nak kawan dengan perempuan tu tetapi dia menolak, jangan paksa. Sebab ini akan menyebabkan perempuan tu benci dengan anda.
15) Jangan mengorat awek orang. Jangan sesekali cakap, "ala, laki bini pun boleh cerai, ini kan pulak baru kapel". Jangan. Confirm perempuan tu delete anda dari friend list dia.
16) Akhir sekali, just be yourself. And be honest. Jangan sesekali tipu perempuan tu. Jangan nak kencing cakap anda anak datuk la, pakai kereta bmw la, gaji ratus-ratus ribu la. Sebab perempuan sekarang bukan bodoh, lama-lama anda akan kantoi jugak.
Ok, tu je tips-tips yang boleh aku fikir. Dah kering idea dah ni. Harap-harap ianya berguna untuk anda semua yang sedang memburu cinta. LOL.
Sekian.
P/s: sori, penulisan saya agak sarcastic malam ni.
9 comments:
thumbs up.. kuikuikui
mak aih..byk gila tips!! semput bru bis baca.hehehe..tp informatif la
gile ah
bace this post trus teringat kat sorg mamat ni
we both knew la
hahhaha~
way to go!!!
sue: mekaseh..hehe
ijan: ingat nak letak lagi banyak, tapi dah kering idea..memang la informatif, tapi ada ke lelaki yang baca ni..hmm..
awe: wah..a mamat that we both knew..siapakah? hehe
hahahha~
g FB, tgok kawan2 sktm kite
hahaha~
die ade 5gambar angle yg sama, gambar muke je
and kenkonon kaya raya now pakai BMW
arrgghh.. xtahaaan!
hmm..sape ek..dah check tadi..tapi xjumpa la..
tp asal nak try flirt ak ase cam x yakin...bukan pe takut ak syok sendiri je...almost tips 2 ak dah wat...
ak dh try almost tips yg diberi but time nak try flirt 2 ak jd cikit tkut..ak cuma x nak ambik hak org je...
emm kalau malu memang x dapat la..kena berani..
Post a Comment